Wednesday 27 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


-

Dalam bab 1 buku ini menerangkan tentang kajian wacana.wacana merupakan bahasa daripada individu atau kumpulan dalam bentuk ujaran,interaksi ,teks dan tulisan. Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis ,iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tukisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi (Asmah Haji Omar,1986). Selain itu, bab 2 pula bertajuk teori dan pendekatan wacana.Terdapat sejumlah teori dan pendekatan wacana yang diperlenalkan ooleh pakar-pakar wacana. Pendekatan wacana diperkenalkan bagi tujuan memudahkan proses ini berjalan dengan baik.Melalui teori analisis wacana Brown & Yule (1983) telah menyenaraikan empat elemen wacana seperti elemen pra-andaian ,implikatur ,rujukan dan inferens. Antaran teori yang lain pula ialah Teori analisis wacana stubbs (1983),teori analisis wacana kritis (vandik,1977),pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) dan Teori analisi wacana (Normaliza Abd Rahim ,2018d).Seterusnya , bab 3 pula akan membahaskan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran iaitu meliputi tiga kajian wacana tekstual lirik lagu,wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.Bab 4 menerangkan strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran. Komunikasi boleh dilakukan dalam bilangan yang kecil ataupun ramai. Komunikasi berlaku dengan pelbagai médium seperti melalui peralatan digital, bahasa isyarat dan badan, strategi yang sesuai dan emosi. Oleh itu strategi komunikasi sangat penting supaya mesej dapat dfahami kepada pendengar.Bab 5 dalam buku ini menerangkan tentangimplikasi terhadap masyarakat ,guru,ibu bapa,dan pelajar sekolah.masayarakat keseluruhannya mendapat maaanfaat dengan memberikan komunikasi yang baik serta berkesan apabila memulakan perbualan ataupun perbincangan.. Bab 6 menerangkan análisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak iaitu menerangkan secara keseluruhan análisis supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Bab 7 menerangkan cadangan penambah baikan kajian akan datang  seperti bahasa Isyarat yang sama digunakan di seluruh dunia, bahan bercetak, bahan elektronik dan media sosial. Buku ini memberi kebaikan kepada masyarakat dalam penyelidikan dan memahami strategi komunikasi yang betul mengikut keadaan dan tujuan. Selain itu, dapat memberi manfaat dengan memberikan contoh komunikasi yang baik terutamanya untuk memahami ujaran daripada kanak-kanak.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT

Harga Buku: RM20





No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...