Thursday 19 December 2019

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera...............

-Ketika dan Kalimat-

Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku dah nak habis belajar di UPM ini. Selama 3.5 tahun aku di sini terlalu banyak kenangan manis, pahit, masin, masam dan tawar yang saya lalui semasa hidup di bumi Upm ini. Tak sangka aku sudah berada di akhir semester. Dan sekarang ni merupakan minggu terakhir saya di UPM. Macam tak sedar dah nak habis belajar. Pelbagai perasaan la jugak yang aku rasakan seperti sedih. Gembira semua ada bercampur baur dah ni.




Di semester 4 atau semester akhir ini aku perlu mengambil subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Menurut senior dan junior lalu mereka kata Pensyarah yang ajar subjek ni garang dan banyak karenah ya. Kami pun dah daftar subjek tu dan tengok nama pensyarah Fuhhh sah nama Prof Dr Normaliza Abd Rahim yang terpampang di Smp tu.Ya Allah kami dah mula gelisah macam mana nie takut la pulak. Tapi kami berani kan diri jugak sbb kalau nak drop tak boleh pulak sebab nie subjek Major kami yang kami perlu ambil jugak untuk bergraduat. So hadap je laaaa.



Pada hari pertama kelas BBM3410 ini kami telah diajar konsep Redha. Apa itu redha kami pun tak faham sangat apa yang Prof maksudkan dengan konsep redha tu. Beliau cakap apa2 kerja yang saya bagi awak semua kena redha ye.kami semua pun angguk je faham katanya. Ohh dan satu lagi kami semua tak boleh datang lewat walau seminit pn nanti beliau tolak markah katanya. Setelah beberapa minggu kelas BBM3410 ni baru lah kami faham apa itu redha. Kenapa Prof suruh kami redha awal2 sebabnya subjek ni terlalu banyak tugasan. Setiap minggu ada tugasan x pernah missed sekali pn. Dengan blog, fb, ig, Twitter nak buat video lagi setiap minggu. Fuhhh banyak beb. Patutlah Prof suruh Redha.. Tapi kadang tu aku mengeluh gak tipu la lau redha je manjang kan. Tapi nak tak nak kau kena buat jugak Prof xsuka alasan dia xkan terima apa2 alasan pn. So jalannya siapkan je kerja dia bagi ikut masa yang ditetapkan.



Bila dah nak habis belajar nie baru aku sedar subjek nie paling banyak ajar aku banyak benda dalam hidup aku. Jujur la subjek nie jela yang aku ingat kod dia. Serius tak macam subjek lain tahu nama subjek tapi kod kelaut xingat. Untuk subjek ni kami kena baut satu kumpulan tau so Prestige Production merupakan nama kumpulan yang kami pilih. Dalam group tu kami ada sebelas orang. Saya suka duduk dalam kumpulan ini kerana semua memberikan kerjasama yang sangat padu beb. Walaupun di tengah2 tu kami ada la konflik sikit tapi semua kami tangani dengan baik dan sekarang semua ahli dan semakin rapat. Walaupun kami sama kos tapi sebelum ini kami tidak pernah satu kumpulan jadi kami juga memerlukan masa untuk memahami antara satu sama lain tapi alhamdulillah semua tugasan kami telah siapkan denga jayanya. Hanya tunggu Prof je bagi A ke x tu.. Hahaha harap dapat la kan amin. Terima kasih guys sebab telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan kita walaupun banyak masa terkorban. Tapi syukur semua berjalan dengan baik.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah terbaik yang  pernah saya jumpa iaitu Prof Dr Normaliza Abd Rahim kerana telah banyak mengajar kami semua erti redha itu. Terima kasih jugak sebab bagi banyak tugasan tapi semuanya sangat berguna kan Prof bukan Suka2 je Prof bagi tu. Dan terima kasih kepada cikgu tutor kami Encik Muhammad Nur Akmal sebab rajin buat tutor setiap minggu x pernah missed ouww. Banyak ajar kami gak. Lepas tu kan saya suka dia punya loghat tu comel tapi kan dia nampak garang laa sikit. Encik akmal nak spageti carbonara satu sedap.. Done promote.


Jujur aku cakap aku suka kelas nie. Berbeza sangat dengan kelas-kelas sebelum nie. Dari segi Pensyarahnya dari segi tugasan ya semua rare. Prof punya lawak dalam kelas tu sangat mencuit hati. Paling happy bila Prof komen di ig masya Allah aura dia lain macam beb. Sampai screen shoot tau sebagai bukti. Prof comel la dengan garang macam tu.. Tolong la jgn jadi Prof yang baik hati sebab nanti kecomelan Prof x terserlah.. Hehehehehhe😉

1 comment:

  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...