Wednesday 18 December 2019

BBM3410SATU: KALENDAR 2020

Assalamualaikum sekalian alam.....

kali ini saya nak tunjukkan kepada kalian semua dengan kalendar hasil kerja saya sendiri untuk tahun 2020 akan datang. jom tengok comel giler saya buat tau. kami diarahkan untu membuat kalendar tahun 2020 untuk 12 bulan.Apa yang perlu ada di dalam kalendar tersebut adalah tahun,nama bulan kata-kata hikmah dan juga gambar sendiri dan gambar keluarga,rakan,dan sesiapa sahaja yang kami rasa bersesuaian. kami mengedit kalendar ini menggunakan photoshop  dan ini merupakan kali pertama saya menggunakan Photoshop. saya dah berasa bersyukur kerana berjaya membuat satu kalender lengkap untuk tahun hadapan. Tahun depan saya boleh menggunakan kalendar ini bagi memberikan semangat lagi menempuh kehidupan di masa akan datang. ohh yaaaa cantik kan background setiap bulan tu saya mengambilnya di Putrajaya terima kasih awak bawakkan saya.


Ini merupakan muka hadapan bagi kalendar tahun 2020 saya. saya meletakkan gambar tersebut keran saya berasa yakin dengan gambar yang menggunakan baju askar iaitu baju celoreng dan saya merasakan saya canti bila memakai baju tersebut malahan saya juga berbangga dengan pakaian itu dengan mempunyai pangkat Lt M Sazlina. tak semua orang akan mempunyai peluang dapat memakai pakaian ini hanya orang yang tertentu dan bertuah sahaja akan dapat memakai pakaian ini.







Gambar ini merupakan gambar semasa saya menghadiri Majlis Makan Rejimental Palapes. Dinner ini dibuat adalah untuk meraihkan para pegawai muda yang baru ditauliahkan dan saya merupakan salah satu pegawai yang telah ditauliahkan pada 3 ogos 2019. Di dalam gamabr itu saya mengenakan pakaian adat isiisdat askar iaitu pakaian messkit yang khas digunakan untuk Messnight tersebut.


Untuk bulan februari pula saya meletakkan gambar kedua ibu bapa saya merangkap syurga saya di dunia dan di akhirat. Saya meletakkan gambar mereka berdua kerana pada bulan ini merupakan tarikh lahir mereka berdua, Sweet bukan mereka mempunyai tarikh hari lahir yang sama. Jarang sekali pasangan mempunyai tarikh lahir yang sama. Bagi saya ini seseuatu yang sangat romantik.


Saya meletakkan gambar ini untuk bulan Mac tiada maksud apa-apa tapi saya menganggap orang yang terdapat dalam gambar ini merupakan orang-orang yang pertama yang saya kenal di Upm merakalah sahabat yang saya kenal dari first year hinggalah sekarang. selama 3.5 tahun saya bersahabat bersama mereka. ada orang kata kalau dah 3 tahun berkawan ianya kan menjadi sahabat selamanya diharapkan beda ini terjadi kepada kami semua yang ada gambar.



Gambar ini semasa saya menjalani latihan berterusan di Kem Tebrau,Johor. Latihan yang lalu merupaka latihan berterusan untuk menembak dan latihan berterusan pertama kali selepas saya memegang pangkat Lt m.Alhamdulillah semua latihan berjalan dengan lancar selama 2 minggu semasa cuti semester yang lalu.




Ok ini pulak gambar family saya. Gambar ini diambil semasa Hari Raya yang lalu. Apa yang saya suka tentang gambar ini pada hari raya lalu semua adik beradik saya pulang ke kampung. alhamdulillah lengkap kami 6 beradik. memang sangat susah untuk kami semua berkumpul dan kami telah memilih tema baju kami iaitu warna purple. yeah Team Purple kami sekeluarga.



Gambar ini pula semasa saya ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dan ditemani oleh ibu bapa sya. saya bersyukur kerana ibu bapa,abang dan kakan saya datang meraikan saya sampai ke Johor. saya tidak dapat memberikan apa-apa yang berniali lagi tapi saya harap ini adalah hadiah kecil pertama yang saya berikan kepada mereka.saya harap mereka berbangga dengan hadiah kecil yang mampu saya berikan ini.


Prestige Production ya itulah dia nama kumpulan saya untuk kelas subjek BBM3410 ini. kumpulan ini sangat hebat dan kami berjaya juga membuat semua tugasan yang di arahkan oleh pensyarah kesayangan kami. walaupun dipertengahan minggu tu terdapat beberapa konflik tercetus. konflik tersebut cuma salah faham sedikit sahaja tapi alhamdulillah kami berjaya mengharunginya dan menanganinya dengan profesional keran kami tidak mementingkan ego tetapi kami lebih memikirkan tentang tugasan yang perlu kami siapkan untuk mendapat markah yang paling terbaik.


Gambar ini semasa saya mengikuti pengambilan kadet palapes baharu, ada seorang kawan ni ambil gambar kita secar curi-curi but nice gambar tu sebab telefon mahal kot. Baju tersebut merupakan baju no 3 iaitu baju yang digunakan semasa berada di office.


 Saya suka gambar ini keran bila tengok gambar tu saya kelihatannya agak kurusnya..hahahah saya suka sebab topi yang saya pakai tu ditaja oleh moral saya semasa di dalam palape dahulu..hahahah


Inilah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Fakulti saya selama 3.5 tahun ini. Tempat inilah yang akan menjadi kelas saya selama ini. terdapat banyak kenagan yang saya perolehi di tempat ini yang tak mungkin saya lupakan.


Gambar ini diambil oleh orang yang istimewa dalam hidup saya. Terima kasih sudi berkawan dengan saya teman saya kemana saja saya mahu. Banyak habiskan masa dengan saya selalu menjadi tempat mengadu saya.terima kasih ADAM.


Sekali lagi gambar mereka keluarga saya semasa saya di Upm. semoga saya dirindui oleh mereka semua ini. lepas ini kami akan berpisah.harap hubungan kami masih terjalin walaupun jauh.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...