Thursday 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

ULASAN BAB 6 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya........................

Blog merupakan salah satu medium bertulis yang digunakan untuk menyampaikan maklumat ilmu,pengetahuan,dan perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal. Kegunaan blog tidaklah terbatas untuk tujuan promosi,iklan atau penyebaran maklumat malah juga digunakan sebagai kegunaan untu diri sendiri seperti jurnal dan diari. Blog juga merupakan satu rangkaian sosial yang membolehkan masyarakat berkomunikasi secara alam maya,iaitu anatara penulis blog dan pembaca blog.Blog merupakan alat untuk berdialog anatar penulis blog dan pembaca blog .Pada masa kini,pelajar-pelajar universiti diberikan tugasan untuk mencipta satu blog sebagai untuk melengkapi sesuatu tugasan subjek tertentu. Tugasan membuat blog seperti ini bukan sahaja dapat memberi ilmu baharu pda pelajar malahan dapat menghasilkan penulisan pelajar yang kreatif dan sekaligus mencipta karya mereka sendiri.

Penulisan blog bagi medium pendidikan untuk kegunaan pengajaran adalah sangat membantu pendidik (Martindale & Wiley, 2005) kerana, penggunaan teknologi ini menawarkan bahagian maklumat terkini berkaitan pendidikan (Wang & Woo, 2008). Kajian Nadzrah Abu Bakar et al. (2010) mendapati pelajar menerima baik penggunaan blog dalam laman maya mereka kerana ia membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan membaca serta membina keyakinan pelajar dalam penulisan. Misalnya seramai 80% (24 responden wanita) bersetuju penggunaan blog untuk medium menulis pengajian kesusateraan seperti puisi, berbanding pelajar lelaki yang kurang gemar akan berkarya di laman blog.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan beberapa cara untuk menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik, memasukkan ayat-ayat humor atau jenaka, pengisian berilmu, moral dan estetika dan lain-lain Semua orang boleh menghasilkan blog sendiri dan ianya selamat digunakan kerana hanya pembaca yabg dijemput sahaja boleh membaca penulisan mereka. Hal ini, dapat memberikan keselesaan kepada pemilik blog kerana bahan penulisan mereka tidak mudah terdedah kepada orang lain.Namun begitu,terdapat juga yang menggunakanblog ciptaan mereka sebagai tempat untuk mereka mmempromosikan produk mereka sendiri. Oleh itu blog mereka lebih kearah perniagaan,


Kesimpulannya,keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar korea untuk mempelajari kesusasteraan ,bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Kajian ini melibatkan pengajar blog sebagai mempertimbangkan penulisan blog sebbagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua.


Sekian Terima Kasih....


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...