Thursday 3 October 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA


Hye dan Assalamualikum semuanya.................

Hari ini saya ingin menceritakan tentang keluarga saya bahagia yang menetap di sebuah daerah Kunak,Sabah.Kami hidup dengan sederhana sahaja dan mempunyai sebuah rumah yang dibina sendiri oleh ayah saya. Rumah itu diperbuat daripada kayu dan juga batu. Dekorasi rumah yang dipih oleh keluarga saya ialah berkonsepkan kayu sepenuhnya dan perobat yang digunakan sepenuhnya yang berrusurkan kayu dan berwarna coklat. Kami sekeluarga tinggal di rumah tersebut sudah 12 tahun. Setiap hari raya semua adik beradik dan keluarga saya berkumpul di rumah itu dan menyambut hari raya dengan meriah dan girang. Saya mempunyai 6 orang adik beradik iaitu 3 orang abang dan 2 orang kakak. Mereka semuanya sedang bekerja di Kuala Lumpur dan akan pulang ke kampung haolaman jika Hari Raya menjelang tiba. Saya merupakan anak yang terakhir yakni anak yang bongsu dala keluarga saya. Saya dilahirkan di Hospital Kunak. Walaupun kami hidup secara sederhana tapi kami sentiasa bahagia Tambahan pula apabila kami telah mendapat keluarga baharu iaitu isteri abang-abang saya iaitu kakak ipar saya. Seterusnya saya juga mendapat 3 orang anak buah dan semuanya lelaki (hero). yang bernama Mohd Aimaan Safuan,Mohd Hafizul Mizam dan Mohd Khairul Azam mereka adalah penyeri dalam keluarga kami tetapi selepas kehadiran mereka layanan yang saya dapatkan selama ini yang sangat dimanjakan oleh seluruh keluarga telah diambil alih atau secara kasarnya telah dirampas oleh mereka ini.





Gambar ini merupakan salah satu gamabr yang telah dianbil Hari Raya pada tahun lepas. Raya pada tahun lalu amat menyeronokkan kerana kesemua adik beradik saya lengkap kerana kesemua mereka mendapat cuti semasa perayaan menjelang tiba.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...