Friday 18 October 2019

Assalamualaikum semuaaaaa harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera 😘😍



Satu lagi tugasan yang perlu dilaksanakan oleh saya sebagai seorang pelajar subjek multimedia Dr N. Saya suka subjek nie banyak perkara baru yang saya pelajari mengenai cara untuk mengambil gambar dengan betul. Biasalah sebagai seorang gadis semestinya mengambil gambar adalah hobi kan. Jadinya takkan pernah rasa menyesal ambil subjek ni. 😍 Dr memberi kami tugasan iaitu perlu memuat naik dua keping gambar ke instagram masing2.


Ada motifnya mengapa saya memuat naik gambar bunga ini.. Pertama kerana bunga nie cantik ibarat gadis termasuklah saya... Hahahaha gurau2😁.. Sebenarnya mengapa saya memilih bunga ini adalah kerana walaupun bunga ini hanya berada di tepi jalan sekiranya kita mengetahui cara untuk mengambil gambar InsyaAllah gambar itu akan lebih cantik, menarik kau memang debommmm😜

Sekian perkongsian saya untuk kali ini Bbye.. 


Thursday 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

ULASAN BAB 6 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya........................

Blog merupakan salah satu medium bertulis yang digunakan untuk menyampaikan maklumat ilmu,pengetahuan,dan perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal. Kegunaan blog tidaklah terbatas untuk tujuan promosi,iklan atau penyebaran maklumat malah juga digunakan sebagai kegunaan untu diri sendiri seperti jurnal dan diari. Blog juga merupakan satu rangkaian sosial yang membolehkan masyarakat berkomunikasi secara alam maya,iaitu anatara penulis blog dan pembaca blog.Blog merupakan alat untuk berdialog anatar penulis blog dan pembaca blog .Pada masa kini,pelajar-pelajar universiti diberikan tugasan untuk mencipta satu blog sebagai untuk melengkapi sesuatu tugasan subjek tertentu. Tugasan membuat blog seperti ini bukan sahaja dapat memberi ilmu baharu pda pelajar malahan dapat menghasilkan penulisan pelajar yang kreatif dan sekaligus mencipta karya mereka sendiri.

Penulisan blog bagi medium pendidikan untuk kegunaan pengajaran adalah sangat membantu pendidik (Martindale & Wiley, 2005) kerana, penggunaan teknologi ini menawarkan bahagian maklumat terkini berkaitan pendidikan (Wang & Woo, 2008). Kajian Nadzrah Abu Bakar et al. (2010) mendapati pelajar menerima baik penggunaan blog dalam laman maya mereka kerana ia membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan membaca serta membina keyakinan pelajar dalam penulisan. Misalnya seramai 80% (24 responden wanita) bersetuju penggunaan blog untuk medium menulis pengajian kesusateraan seperti puisi, berbanding pelajar lelaki yang kurang gemar akan berkarya di laman blog.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan beberapa cara untuk menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik, memasukkan ayat-ayat humor atau jenaka, pengisian berilmu, moral dan estetika dan lain-lain Semua orang boleh menghasilkan blog sendiri dan ianya selamat digunakan kerana hanya pembaca yabg dijemput sahaja boleh membaca penulisan mereka. Hal ini, dapat memberikan keselesaan kepada pemilik blog kerana bahan penulisan mereka tidak mudah terdedah kepada orang lain.Namun begitu,terdapat juga yang menggunakanblog ciptaan mereka sebagai tempat untuk mereka mmempromosikan produk mereka sendiri. Oleh itu blog mereka lebih kearah perniagaan,


Kesimpulannya,keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar korea untuk mempelajari kesusasteraan ,bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Kajian ini melibatkan pengajar blog sebagai mempertimbangkan penulisan blog sebbagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua.


Sekian Terima Kasih....


Thursday 3 October 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA


Hye dan Assalamualikum semuanya.................

Hari ini saya ingin menceritakan tentang keluarga saya bahagia yang menetap di sebuah daerah Kunak,Sabah.Kami hidup dengan sederhana sahaja dan mempunyai sebuah rumah yang dibina sendiri oleh ayah saya. Rumah itu diperbuat daripada kayu dan juga batu. Dekorasi rumah yang dipih oleh keluarga saya ialah berkonsepkan kayu sepenuhnya dan perobat yang digunakan sepenuhnya yang berrusurkan kayu dan berwarna coklat. Kami sekeluarga tinggal di rumah tersebut sudah 12 tahun. Setiap hari raya semua adik beradik dan keluarga saya berkumpul di rumah itu dan menyambut hari raya dengan meriah dan girang. Saya mempunyai 6 orang adik beradik iaitu 3 orang abang dan 2 orang kakak. Mereka semuanya sedang bekerja di Kuala Lumpur dan akan pulang ke kampung haolaman jika Hari Raya menjelang tiba. Saya merupakan anak yang terakhir yakni anak yang bongsu dala keluarga saya. Saya dilahirkan di Hospital Kunak. Walaupun kami hidup secara sederhana tapi kami sentiasa bahagia Tambahan pula apabila kami telah mendapat keluarga baharu iaitu isteri abang-abang saya iaitu kakak ipar saya. Seterusnya saya juga mendapat 3 orang anak buah dan semuanya lelaki (hero). yang bernama Mohd Aimaan Safuan,Mohd Hafizul Mizam dan Mohd Khairul Azam mereka adalah penyeri dalam keluarga kami tetapi selepas kehadiran mereka layanan yang saya dapatkan selama ini yang sangat dimanjakan oleh seluruh keluarga telah diambil alih atau secara kasarnya telah dirampas oleh mereka ini.





Gambar ini merupakan salah satu gamabr yang telah dianbil Hari Raya pada tahun lepas. Raya pada tahun lalu amat menyeronokkan kerana kesemua adik beradik saya lengkap kerana kesemua mereka mendapat cuti semasa perayaan menjelang tiba.

Wednesday 2 October 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum semuanyaaaa....

Dsini denga rendah hatinya saya sebagai seorang pelajar ingin berkongsi sedikit tips untuk belajar dengan mudah.Harap berkesan laaa yee.......

1. Membuat nota ringkas bagi setiap subjek yang dipelajari.

Mencatatkan semua isi-isi yang penting bagi setiap subjek yang dipelajari semasa kelas  berlangsung. Selain itu, catatkan apa yang disampaikan oleh pensyarah yang anda rasa penting dan tiada dalam nota berkemungkinan juga apa yang dfkatakan atau disampaikn oleh penssyarah itu merupakan slaah satu soalan yang akan dikeluarkan didalam ujian atau peperiksaan akhir kelak. Selepas membuat nota ringkas tersebut anda perlulah membawa nota tersebut kemana sahaja anda pergi. Oleh itu nota ringkas anda perlulah menggunakan nota yang bersaiz kecil sahaja agar senang dibawa kemana-mana.


2. Belajar secara berkumpulan

Apabaila berada didalam sebuah kumpulan,rakan-rakan anda yang lain akan berkongsi pelbagai ilmu yang mereka tahu dan yang mereka fahami. Jika terdapat rakan yang lebih bijak dan mudah untu belajar kita boleh memilih dia untuk menjadi pengajar dalam group tersebut. Sekiranya terdapat apa-apa yang kita terlepas pandang rakan lain yang berada dala kumpulan tersebut boleh berkongsi apa yang mereka tahu kepada semua ahli kumpulan kita.Sekiranay kita membuat kumpulan ini kita akan lebih mudah untuk memahami apa yang telah dipelajari di kelas. 


Harap sedikit tips yang saya kongsikan ini boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk anda..




Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Prestij Production)

Over The Shoulder (3 gambar)


Kereta kebal itu melambangkan identiti kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang merupakan kolej untuk para penuntut Universiti yang terlibat dalam PALAPES. Kolej ini khas ditubuhkan untuk para pelajar yang bergelar Palapes sahaja sama ada darat atau laut.


Kelihatannya kolam ikan yang mempunyai pelbagai habitat ikan di dalamnya yang boleh dijadikan sebagai lauk harian kita setiap hari. Kerana ikan yang berda di kolam itu lebih segar daripada yang terdapat di kedai atau pasar.



Markas Palapes UPM yang merupakan tempat untuk para pejuang negara melaksanakan latihan harian dan mingguan mereka. Tempat ini banyak pantang larangnya. Setiap kali melangkahkan kaki masuk ke Markas ini setiap kali itu juga perasaan gementar dan gemuruh itu hadir di dalam diri seseorang itu.

BBM3410Satu2019: Long Shot (Prestij Production)

Long Shot ( 3 Pemandangan)




Betapa indahnya ciptaanNya sehinggakan yang mengakibatkan kita perlu bersyukur dengan keindahan yang kita nikmati selama ini. Apa lagi nikmat yang harus kita dustakan wahai manusia. Maka jagalah alam ini dengan sebaiknya janganlah cemarkan ia.



Jalanan yang selalu dijadikan sebagai tempat untuk pelajar UPM beriadah petang bersama rakan-rakan mereka yang lain sehingga boleh mengeratkan lagi persabahatan mereke juga menyihatkan tubuh badan mereka


Pemandangan sebuah pokok yang sangat lebat dengan daunnya yang kehijauan yang boleh menyejukkan mata kita yang melihatnya.



2. Long Shot (3 Manusia)



Jalan yang perlu dilalui oleh pelajar yang menetap di Kolej Kosass untuk mereka pergi ke kelas setiap hari untuk menimba ilmu pengetahuan bagi menentukan masa hadapan mereka yang akan mendatang.



Pada waktu senja yang menunjukkan keindahan matahari yang ingin melabuhkan tirainya yang menunjukkan bahwa bersedia untuk umat manusia menjalankan aktivitnya pada waktu malam pula.



Pemandangan sebuah kota yang pesat membangun dan sedang mencipta nama di pelosok dunia. Bangunan-bangunan yang tersergam indah menunjukkan kekayaan sebuah kota itu.


BBM3410Satu2019: Medium Shot (Prestij Production)

1. Medium Shot ( 3 manusia)



Kelihatannya seorang gadis menyuruh kawannya untuk mengambil gambarnya kerana melihat buluh yang cantik dan semulajadi tumbuh melata di belakangnya. Hal ini kerana gadis ini sangat menyukai latar belakang itu kerana buluh itu kelihatan unik.




Keunikan ukiran itu menjadi tumpuan para pengunjung dan pelancong sehinggakan majoritinya akan singgah dan mengambil gambar di hadapan ukiran itu kerana jarang sekali dapat melihat ukiran ini kerana tidak semua tempat mmempunyai ukiran ini oleh itu mengambil sekeping gambar sudah memadai untuk menjadi kenangan.




Wanita ini mengambil gambar setelah kelasnya tamat pada siang hari. Dia berasa gembira pada hari itu juga dia berasa pada hari itu pakaiannya yang dipakainya baru sekaligus boleh dijadikan gambar untuk mempromosikan tudung keluarannya yang terbaru dan mempunyai jenamanay sendiri.



2. Medium Shot ( 3 Pemandangan)





Dalam perjalanan seoorang pelajar perempuan ingin ke kelas tambahan matematiknya yang melalui taman bunga yang banyak menanam bunga yang cantik dan segar tetapi dilarang untuk memetiknya. Sekiranya didapati memetik oarang itu akan dikenakan tindakan seperti penjara 2 bulan.



Pemandangan tasik yang terbentang luas seluas mata memandang yang mempunyai air yang sangat jernih dan semestinya terdapatnya pelbagai jenis ikan yang menjadikan habitat mereka.






Seorang budak perempuan yang ingin mencari ketenangan dengan perlu keluar mencari pemandangan dan udara yang segar untuk menenangkan fikirannya yang sedang serabut akibat memikirkan masalah keluarganya.

BBM3410Satu2019: Close-Up (Prestij Production)

1. Close-Up ( 3 Manusia)


Kemarahan yang terpapar diwajahnya apabila dia telah dipermainkan oleh teman lelakinya sehingga dia berazam tidak mahu bercinta lagii sehingga ke tua. Ini keran dia telah ditipu dan dimalukan oleh teman lelakinya itu di depan keluarganya sendiri.



 Seorang gadis yang tidak berpua hati kerana dia tidak mendapat pekerjaan yang diiginkannya walhal dia layak sahaja akan tetapi pemilik kedai itu mempunyai dendam dengan ibu bapa gadsi ini makanya dia tidak diterima bekerja disitu. Ini yang mengakibatkan gadis ini tidak berpuas hati kerana majikan itu tidak bersifat profesional.



Menunujukkan wanita ini tersenyum riang keran telah mendapat cermin mata yang baharu yang diberikan oleh suaminya. Setelah sekian lama dia mengadu dengan suaminya kerana matanya yang kabur melihat keadaan sekeliling dan akhirnya suaminya pun menghadiahkan cermin mata itu pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.




2. Close-Up ( 3 bukan manusia)



Semasa berada seuah gerai di melaka kelihatan air coconut shake yang amat menyelerakan ini sehingga dapat menyegarkan tekan yang sedang kehausan keran cuaca yang agak panas pada ketika itu.




Si putih yang sedang lena tidur sehigga tidak menyedari gambarnya telah dicuri oleh seseorang. Setelah kekenyangan inilah rutin si putih selain daripada ia pergi berjalan-jalan diluar rumah atau pergi memburu tikus. Si putih yan telah dibuai oleh mimpi-mimpi indah.




Tanpa bunga tiadalah kumbangnya tapi ini tiada kumbanglah. Disebabkan keunikan warnanya yang bertona menyebabkan jurugambar tertarik melihatnya dan boleh dijadikan sebagai koleksi tambahannya di dalam geleri bahkan boleh dijadikan sebagai gambar untuk gambar latar.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Prestij Production)

Mug shot ( 3 manusia)

 Alamak aku tak dengar tadi apa yang dikatakan cikgu...apa yang patut aku lakukan ini. Aku tak pegi kelas tadi aku tak tahu apa tugasan yang perlu dilakukan dalam kumpulan aku. Tak mengapalah aku redha jela apapun yang terjadi pada aku.






Kekeliruan yang digambarka oleh seorang wanita tentang apa yang telah dilakukan oleh kawannya yang sedang membuat tutorial tudung. Dia keliru apa yang mereka lakukan kerana menggunakan tudung yang seoerti artis atau selebriti gunakan itu bukanlah senang kerena memerlukan kesabaran yang tinggi dalam membentuk tudung itu.




Yeah aku dapat hadiah sempena Hari lahir aku.! Seorang pelajar ini berasa gembira yang teramat kerana dikejutkan dengan hadiah yang tidak terjangkau oleh akalnya yang diberikan oleh teman tapi mesranya.

BBM3410Satu2019: Birds Eyes View ( Prestij Production)

Bird Eyes View (3 gambar)


Gambar ini menceritakan bahawanya seekor burung sedang hinggap di sebuah bangunan untuk melihat bangunan yang lain di dalam kegelapan malam dengan pancaran lampu-lampu yang berkerlipan. Pemandangan ini sangat indah dari sudut pandangan seekor burung itu.



Sepertinya melihat keindahan alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah yang Maha Pencipta seluruh alam semesta. Kehijaun yang seperti ini dapat menyejukkan mata yang memandang juga mendapat oksigen yang secukupnya dan sangat segar.




Melihat kesibukan kota yang sesak dengan kenderaan yang berada di atas permukaan jalan raya ketika waktu keuncak iaitu waktu semua umat manusia ingin pulang ke rumah setelah penat mencari rezeki untuk keluarga tercinta.

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...