Wednesday 11 December 2019

BBM3410SATU:VIDEO 11 : VIDEO FOKUS


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.......


Ok gambar kat atas tu menunjukkan video yang ke sebelah dah kami buat iaitu video fokus. Ok apa itu video fokus, mengikut pemahaman saya la kan video fokus ni kita kena memfokuskan dengan satu benda sahaja dalam satu video tu. jadinya dalam video kami kali ini kami telah memilih cota sebagai alat yang ingin difokuskan. dalam video ini kami telah membuat jalan cerita mengenai seorang polis dan juga seorang pembunuh yang kejam atas dendamnya yang lalu yang bernama Akmal. dia telah membunuh ramai orang menggunkan cota yang dibekalkan untuknya sebagai anggota polis. Dalam video kali ini saya memegang watak sebagai mayat..hahahaha. kami menggunkan sirap untuk dijadikan darah,habis semua tangan dan kaki saya terkena dengan sirap itu nasib baik la boleh dihilangkan selepas dicuci  dengan sabun beberapa kali. Video ini bagi saya yang sangat seram tempat kami membuat shoot kerana pengarah telah memilih fakulti kami sebagai lokasi pengambaran dan pada waktu malam iaitu pada pukul 10 malam dan kebetulan pada hari itu adalah malam jumaat. Ya Allah sumpah meremang juga la segala bulu-bulu pada malm itu. saya ini penakut orangnya,,hmmmmm sabar jelah dan alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku dengan kami. kami pulang dengan selamat.

 jom tengok video kami ni fokus apa ekk??? jangan lupa like,share,subscribe dan comment yeeeee


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...