Thursday 19 December 2019

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera...............

-Ketika dan Kalimat-

Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku dah nak habis belajar di UPM ini. Selama 3.5 tahun aku di sini terlalu banyak kenangan manis, pahit, masin, masam dan tawar yang saya lalui semasa hidup di bumi Upm ini. Tak sangka aku sudah berada di akhir semester. Dan sekarang ni merupakan minggu terakhir saya di UPM. Macam tak sedar dah nak habis belajar. Pelbagai perasaan la jugak yang aku rasakan seperti sedih. Gembira semua ada bercampur baur dah ni.




Di semester 4 atau semester akhir ini aku perlu mengambil subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Menurut senior dan junior lalu mereka kata Pensyarah yang ajar subjek ni garang dan banyak karenah ya. Kami pun dah daftar subjek tu dan tengok nama pensyarah Fuhhh sah nama Prof Dr Normaliza Abd Rahim yang terpampang di Smp tu.Ya Allah kami dah mula gelisah macam mana nie takut la pulak. Tapi kami berani kan diri jugak sbb kalau nak drop tak boleh pulak sebab nie subjek Major kami yang kami perlu ambil jugak untuk bergraduat. So hadap je laaaa.



Pada hari pertama kelas BBM3410 ini kami telah diajar konsep Redha. Apa itu redha kami pun tak faham sangat apa yang Prof maksudkan dengan konsep redha tu. Beliau cakap apa2 kerja yang saya bagi awak semua kena redha ye.kami semua pun angguk je faham katanya. Ohh dan satu lagi kami semua tak boleh datang lewat walau seminit pn nanti beliau tolak markah katanya. Setelah beberapa minggu kelas BBM3410 ni baru lah kami faham apa itu redha. Kenapa Prof suruh kami redha awal2 sebabnya subjek ni terlalu banyak tugasan. Setiap minggu ada tugasan x pernah missed sekali pn. Dengan blog, fb, ig, Twitter nak buat video lagi setiap minggu. Fuhhh banyak beb. Patutlah Prof suruh Redha.. Tapi kadang tu aku mengeluh gak tipu la lau redha je manjang kan. Tapi nak tak nak kau kena buat jugak Prof xsuka alasan dia xkan terima apa2 alasan pn. So jalannya siapkan je kerja dia bagi ikut masa yang ditetapkan.



Bila dah nak habis belajar nie baru aku sedar subjek nie paling banyak ajar aku banyak benda dalam hidup aku. Jujur la subjek nie jela yang aku ingat kod dia. Serius tak macam subjek lain tahu nama subjek tapi kod kelaut xingat. Untuk subjek ni kami kena baut satu kumpulan tau so Prestige Production merupakan nama kumpulan yang kami pilih. Dalam group tu kami ada sebelas orang. Saya suka duduk dalam kumpulan ini kerana semua memberikan kerjasama yang sangat padu beb. Walaupun di tengah2 tu kami ada la konflik sikit tapi semua kami tangani dengan baik dan sekarang semua ahli dan semakin rapat. Walaupun kami sama kos tapi sebelum ini kami tidak pernah satu kumpulan jadi kami juga memerlukan masa untuk memahami antara satu sama lain tapi alhamdulillah semua tugasan kami telah siapkan denga jayanya. Hanya tunggu Prof je bagi A ke x tu.. Hahaha harap dapat la kan amin. Terima kasih guys sebab telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan kita walaupun banyak masa terkorban. Tapi syukur semua berjalan dengan baik.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah terbaik yang  pernah saya jumpa iaitu Prof Dr Normaliza Abd Rahim kerana telah banyak mengajar kami semua erti redha itu. Terima kasih jugak sebab bagi banyak tugasan tapi semuanya sangat berguna kan Prof bukan Suka2 je Prof bagi tu. Dan terima kasih kepada cikgu tutor kami Encik Muhammad Nur Akmal sebab rajin buat tutor setiap minggu x pernah missed ouww. Banyak ajar kami gak. Lepas tu kan saya suka dia punya loghat tu comel tapi kan dia nampak garang laa sikit. Encik akmal nak spageti carbonara satu sedap.. Done promote.


Jujur aku cakap aku suka kelas nie. Berbeza sangat dengan kelas-kelas sebelum nie. Dari segi Pensyarahnya dari segi tugasan ya semua rare. Prof punya lawak dalam kelas tu sangat mencuit hati. Paling happy bila Prof komen di ig masya Allah aura dia lain macam beb. Sampai screen shoot tau sebagai bukti. Prof comel la dengan garang macam tu.. Tolong la jgn jadi Prof yang baik hati sebab nanti kecomelan Prof x terserlah.. Hehehehehhe😉

BBM3410SATU:VLOG MAKANAN BANGI GATEWAY

Haluuu guyssss.................

Tadaaaaaa video kali ini kita jelajah syurga makananpula. kami diberikan tugasan untu membuat vlog makanan di mana-mana tempat sahaja yang mempunyai makanan. oleh itu kkami telah memilih tempat untu kami buat vlog iaitu di Bangi Gateway Street Food ,Bangi. nak tahu tak banyak giler makanan kat sana tambahan lagi harga setiap makanan juga berpatutan tau. untuk vlog kali ini kami nak buat kelainan sedikit iaitu kami telah membuat cabaran RM10 maknannya kami kena enyahut cabaran tersebut dengan hanya menggunakan ringgit malaysia 10.00 untuk membeli semua makanan yang dihajati di pasar malam ini..ohh ya bangi gateway ini di tepi jalan je tau so senang nak cari ianya merupakan satu pasar malam yang banyak menjual makanan seperti ayam goreng,bakso,nasi ,kerabu,nasi lemak,chicken chop,pelbagai jenis air kuih-muih dan banyak lagi.Bagi saya cabaran yang kami buat ini kiranya berjaya kerana saya dapat membeli banyak juga makanan dengan jumplah itu sebagai contoh bakso,air milo,kepak dan isi ayam,chicken chop banyak kan untu makan malam memamng kenyang la jawabnya.So guys datanglah ke Bangi Gateway tu best banyak makanan yang menarik tau kat san tak rugi.

Nak tengok suasana Bangi Gateway,jom tengok video vlog yang kami sediakan ini.jangan lupa like,subscribe,share dan comment.

Wednesday 18 December 2019

BBM3410SATU: KALENDAR 2020

Assalamualaikum sekalian alam.....

kali ini saya nak tunjukkan kepada kalian semua dengan kalendar hasil kerja saya sendiri untuk tahun 2020 akan datang. jom tengok comel giler saya buat tau. kami diarahkan untu membuat kalendar tahun 2020 untuk 12 bulan.Apa yang perlu ada di dalam kalendar tersebut adalah tahun,nama bulan kata-kata hikmah dan juga gambar sendiri dan gambar keluarga,rakan,dan sesiapa sahaja yang kami rasa bersesuaian. kami mengedit kalendar ini menggunakan photoshop  dan ini merupakan kali pertama saya menggunakan Photoshop. saya dah berasa bersyukur kerana berjaya membuat satu kalender lengkap untuk tahun hadapan. Tahun depan saya boleh menggunakan kalendar ini bagi memberikan semangat lagi menempuh kehidupan di masa akan datang. ohh yaaaa cantik kan background setiap bulan tu saya mengambilnya di Putrajaya terima kasih awak bawakkan saya.


Ini merupakan muka hadapan bagi kalendar tahun 2020 saya. saya meletakkan gambar tersebut keran saya berasa yakin dengan gambar yang menggunakan baju askar iaitu baju celoreng dan saya merasakan saya canti bila memakai baju tersebut malahan saya juga berbangga dengan pakaian itu dengan mempunyai pangkat Lt M Sazlina. tak semua orang akan mempunyai peluang dapat memakai pakaian ini hanya orang yang tertentu dan bertuah sahaja akan dapat memakai pakaian ini.







Gambar ini merupakan gambar semasa saya menghadiri Majlis Makan Rejimental Palapes. Dinner ini dibuat adalah untuk meraihkan para pegawai muda yang baru ditauliahkan dan saya merupakan salah satu pegawai yang telah ditauliahkan pada 3 ogos 2019. Di dalam gamabr itu saya mengenakan pakaian adat isiisdat askar iaitu pakaian messkit yang khas digunakan untuk Messnight tersebut.


Untuk bulan februari pula saya meletakkan gambar kedua ibu bapa saya merangkap syurga saya di dunia dan di akhirat. Saya meletakkan gambar mereka berdua kerana pada bulan ini merupakan tarikh lahir mereka berdua, Sweet bukan mereka mempunyai tarikh hari lahir yang sama. Jarang sekali pasangan mempunyai tarikh lahir yang sama. Bagi saya ini seseuatu yang sangat romantik.


Saya meletakkan gambar ini untuk bulan Mac tiada maksud apa-apa tapi saya menganggap orang yang terdapat dalam gambar ini merupakan orang-orang yang pertama yang saya kenal di Upm merakalah sahabat yang saya kenal dari first year hinggalah sekarang. selama 3.5 tahun saya bersahabat bersama mereka. ada orang kata kalau dah 3 tahun berkawan ianya kan menjadi sahabat selamanya diharapkan beda ini terjadi kepada kami semua yang ada gambar.



Gambar ini semasa saya menjalani latihan berterusan di Kem Tebrau,Johor. Latihan yang lalu merupaka latihan berterusan untuk menembak dan latihan berterusan pertama kali selepas saya memegang pangkat Lt m.Alhamdulillah semua latihan berjalan dengan lancar selama 2 minggu semasa cuti semester yang lalu.




Ok ini pulak gambar family saya. Gambar ini diambil semasa Hari Raya yang lalu. Apa yang saya suka tentang gambar ini pada hari raya lalu semua adik beradik saya pulang ke kampung. alhamdulillah lengkap kami 6 beradik. memang sangat susah untuk kami semua berkumpul dan kami telah memilih tema baju kami iaitu warna purple. yeah Team Purple kami sekeluarga.



Gambar ini pula semasa saya ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dan ditemani oleh ibu bapa sya. saya bersyukur kerana ibu bapa,abang dan kakan saya datang meraikan saya sampai ke Johor. saya tidak dapat memberikan apa-apa yang berniali lagi tapi saya harap ini adalah hadiah kecil pertama yang saya berikan kepada mereka.saya harap mereka berbangga dengan hadiah kecil yang mampu saya berikan ini.


Prestige Production ya itulah dia nama kumpulan saya untuk kelas subjek BBM3410 ini. kumpulan ini sangat hebat dan kami berjaya juga membuat semua tugasan yang di arahkan oleh pensyarah kesayangan kami. walaupun dipertengahan minggu tu terdapat beberapa konflik tercetus. konflik tersebut cuma salah faham sedikit sahaja tapi alhamdulillah kami berjaya mengharunginya dan menanganinya dengan profesional keran kami tidak mementingkan ego tetapi kami lebih memikirkan tentang tugasan yang perlu kami siapkan untuk mendapat markah yang paling terbaik.


Gambar ini semasa saya mengikuti pengambilan kadet palapes baharu, ada seorang kawan ni ambil gambar kita secar curi-curi but nice gambar tu sebab telefon mahal kot. Baju tersebut merupakan baju no 3 iaitu baju yang digunakan semasa berada di office.


 Saya suka gambar ini keran bila tengok gambar tu saya kelihatannya agak kurusnya..hahahah saya suka sebab topi yang saya pakai tu ditaja oleh moral saya semasa di dalam palape dahulu..hahahah


Inilah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Fakulti saya selama 3.5 tahun ini. Tempat inilah yang akan menjadi kelas saya selama ini. terdapat banyak kenagan yang saya perolehi di tempat ini yang tak mungkin saya lupakan.


Gambar ini diambil oleh orang yang istimewa dalam hidup saya. Terima kasih sudi berkawan dengan saya teman saya kemana saja saya mahu. Banyak habiskan masa dengan saya selalu menjadi tempat mengadu saya.terima kasih ADAM.


Sekali lagi gambar mereka keluarga saya semasa saya di Upm. semoga saya dirindui oleh mereka semua ini. lepas ini kami akan berpisah.harap hubungan kami masih terjalin walaupun jauh.

Tuesday 17 December 2019

BBM3410SATU; FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY)



SALAM GUYSSS




Video tugasan kumpulan pada kali ini ialah mengambil gambar flat lay. Kami perlu mengambil gambar seperti manusia ,tumbuhan,benda pemandangan dan sebagainya. memandangkan setiap objek tersebut memerlukan 4 posisi kami perlu membahagikan tugasan agar memudahkan kami mengambil semua gambar dan menghantar dengan masa yang tepat. saya sangat menyukai tugasan ini kerana kami dapat mengetahu setiap posisi yang diajar di dalam kelas secara praktikal. Dari tugasan ini juga kami dapat mengetahui posisi yang terbaik untuk sesuatu objek manusia,pemandangan,tumbuhan dan haiwan. Tetapi semasa tugasan ini perlu dibuat semasa cuti ulangkaji,rakan kumpulan saya yang lain memang lah cuti tetapi kami pula yang pergi menembak semasa cuti itu oleh itu tugasan ini agak sukar bagi kami tapi kami tetap melakukannya apabila ada masa terluang.


semoga amda tehibur dengan video yang kami sediakan ini. jangan lupa like,share,subscribe dan comment okeyyyyyyyyyyyyyyyyy....

Monday 16 December 2019

BBM3410SATU: VLOG KONVOKESYEN UPM

Assalamualaikum salam bergraduat  mahasiswa  dan mahasiswi Upm.

Tahniah kepada semua pelajar Upm yang telah berjaya menghabiskan masa anda untuk menuntut ilmu di menara gading. hehehehhe kami tahun depan lak tahun 2020 insya Allah semoga sempat merasainya.video kali ini kami ditugaskan untuk merakam saat-saat bahagia graduan upm semasa mereka menerima ijazah mereka bersama keluarga dan orang tersayang.kami telah menemu ramah dua orang pelajar yang terbaiknya seorang pelajar yang kami temu ramah ialah cikgu tutor kami iaitu Encik Akmal beliau telah menghabiskanpelajarannya di peringkat master dengan jayanya.belia datang bersam ayah dan adik perempuannya. pelbagai soalan yang kami ajukan sperti apakah perancangan beliau selepas ini dan apakah motivasi yang boleh diberika kepada pelajar yang sedang berusaha ingin menghabiskan pelajaran mereka. kami juga ada menemu ramah pasangan iibu bapa yang kami anggap agak menarik dan unik kerana mereka mengenakan pakaian tradisional sabah iaitu pakai kadazan dusun, mereka sanga sporting bila ditanya soalan. mereka mempunyai dua orang anak yang sedang mendapatkan sijil iaitu seorag ijazah dan lagi seorang pelajar master.

jom tengok video yang kami sediakan ini agar dapat membuatkan semangat anda semua membawa untuk mendapatkan segulung ijazah juga.jangan lupa like,share,subscribe dan comment okkkkk...

BBM3410SATU: ONE SHOOT THREE LAYER (SAYA TAHU)

HYE SEMUAAAAA..........................


Viedo diatas merupakan video one shoot three layer dan lagu yang kami bawakkan ialah tentang saya tahu ciptaan Prof kami sendiri tau. Kalau dihayati maksud lagu in sangat tersirat dan jika difahami lagu ini lagu yang sedih. Oleh itu kami memilih jalan cerita tentang seorang budak cacat yang tidak diukai oleh segelintir masyarakat kerana dia suka bermain dengan orang ramai. jadi kami telah memilih watak budak cacat,orang jahat yang tidak menyukai budak itu dan orang baik yang menyukai budak itu,seterusnya ibu dan ayahnya. Kami telah membuat video ini di Restoran Khatijah dan sebuah lorong di pekan Sri Serdang. Restoran yang kami pilih ini pemiliknya sangat baik dan sangat sporting dan membenarkan kami membuat video itu di situ mungkin keran mereka juga ingin mempromosikan kedai mereka. Lgi satu makanan di sana sangat berpatutan dan sedap. Untuk membalas jasa pemilik itu kami telah makn tengahari disana.

ini merupakan link untuk video di atas. semoga terhibur..Jangan lupa like,share,subscribe dan comment...:https://youtu.be/SQWfoL_nUF4


Sunday 15 December 2019

BBM3410SATU:VIDEO TRAGEDI DAN SERAM


Hye semuanyaaaaaa salam serammmmmmmmmmm...hehhehhehhe

kali ini saya nak kongsikan video dari kumpulan saya iaitu video seram dan tragedi merupakan video keberapa pun saya  tak tahu laaaa.. Tapi video kali ini beberapa daripada kami telah menjadi hantu..hahahahha..kali ini saya jadi juru solek jee.tapi apa yang menariknya saya kena solek hantu-hantu tersebut bkn menggunakan make up yang macam profesional tu tau kami guna bahan-bahan yang ada dan mudah untuk didapati seperti bedak sejuk,tepung dan sirap. saya sebagai juru solek pada malam itu sangat berbangga kerana make up yang kami kenakan di muka para hantu sekalian menjadi dan nampak agak seram.cerita seram dan tragedi ini kami hanya menyambung cerita daripada video fokus kami yang lepas. ohh jika anda melihat video ini di youtube anda akan dikejutkan dengan mata yang  sangat cantik itu adalah mata saya..hahahaha mereka telah memilih saya kerana dengan alasan mata saya yang paling besar tapi saya ok jeeeeerrrr... orang cakap mata besar mata yang lawa.
Selamat menonton,Jangan lupa like,share,subscribe dan comment yeee...


Friday 13 December 2019

BBM3410SATU: VIDEO SERBUK SABUN


Assalamualaikum semuanyaaaaaa........................

Tugasan seterusnya ialah video tentang sabun ciptaan kumpulan kami sendiri. Sewaktu di dalam kelas kami diberikan tugasan kumpulan iaitu mencipta sabun pencuci kami sendiri. Kami perlu melakarkan bentuk sabun tersebut dan mempromosikannya kepada syarikat tertentu. Oleh itu kami telah sebulat suara untuk memilih sabun yang digunakan untuk sesiapa yang pergi melancong. Sabun rekaan kami ini sangat unik kerana ianya berbentuk baju=baju tertentu yang terdapat di dalam dan luar negara. Kami juga telah memberikan nama-nama bunga untuk sabun pencuci kami antaranya sepeerti azalia,dahlia,alamanda dan sebagainya.Kami perlu melukisnya menggunakan pensel tanpa mewarnanya dan seterusnya menjadikannay video berserta copy  atau ayat-ayat promosi seperti ingin menjauhi serangga dan mendekati crush anda? itu merupakan ayat untuk mempromosikan lagi sabun kami agar ianya lebih laku dan ingin dibeli oleh orang ramai serta syarikat tersebut berminat dengan iklan kami itu.
semoga terhibur..jangan lupa like,share,subscribe dan comment yeeeee

 

Wednesday 11 December 2019

BBM3410SATU: VIDEO TEMU BUAL

HYEEEEEEE...........

Video seterusnya video temubual bersama pensyarah dan pelajar. kami perlu menemubual pensyarah dan pelajar tersebut dengan menanyakan soalan mengenai multimedia dan media sosial, apakah pendapat mereka mengenai multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. kami telah memilih Datin Dr Hasnah binti Mohamad dan pelajar pula Syasya Amira binti Mohd Razali.kami telah membahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan menemubual pensyarah dan satu kumpulan menemubual pelajar. saya telah memilih untuk menemubual pelajar kerana pelajar tesebut adalah kawan saya sendiri ini akan memudahkan lagi untuk kami menanyakan soalan kepadanya. Kami telah menanyakan beberapa soalan yang tertentu untuk pensyarah dan pelajar. Soalan bagi pelajar kami telah mencipta lima soalan iaitu yang pertama apakah pandangan anda tentang multimedia,kedua apakah kebaikan multimedia jika digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam keas? seterusnya, adakah multimedia ini perlu diteruskan penggunaannya di masa hadapan? seterusnya apakah yang anda boeh bezakan antara media sosial dan multimedia? semua soalan itu kami ajukan kepada pelajar tersebut dengan memberi ruang kepadanya untuk memverikan pendapatnya sendiri.

selamat menonton guysss...semoga anda suka.jangan lupa like,share,subscribe dan comment.



BBM3410SATU:VIDEO 11 : VIDEO FOKUS


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.......


Ok gambar kat atas tu menunjukkan video yang ke sebelah dah kami buat iaitu video fokus. Ok apa itu video fokus, mengikut pemahaman saya la kan video fokus ni kita kena memfokuskan dengan satu benda sahaja dalam satu video tu. jadinya dalam video kami kali ini kami telah memilih cota sebagai alat yang ingin difokuskan. dalam video ini kami telah membuat jalan cerita mengenai seorang polis dan juga seorang pembunuh yang kejam atas dendamnya yang lalu yang bernama Akmal. dia telah membunuh ramai orang menggunkan cota yang dibekalkan untuknya sebagai anggota polis. Dalam video kali ini saya memegang watak sebagai mayat..hahahaha. kami menggunkan sirap untuk dijadikan darah,habis semua tangan dan kaki saya terkena dengan sirap itu nasib baik la boleh dihilangkan selepas dicuci  dengan sabun beberapa kali. Video ini bagi saya yang sangat seram tempat kami membuat shoot kerana pengarah telah memilih fakulti kami sebagai lokasi pengambaran dan pada waktu malam iaitu pada pukul 10 malam dan kebetulan pada hari itu adalah malam jumaat. Ya Allah sumpah meremang juga la segala bulu-bulu pada malm itu. saya ini penakut orangnya,,hmmmmm sabar jelah dan alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku dengan kami. kami pulang dengan selamat.

 jom tengok video kami ni fokus apa ekk??? jangan lupa like,share,subscribe dan comment yeeeee


Wednesday 4 December 2019

BBM3410SATU2019:ULASAN BUKU Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini saya akan membuat satu ulasan tentang sebuah buku yang bertajuk Eh Media Sosial. Buku ini mengandungi 8 bab yang berkaitan dengan media sosial. Bab 1 buku ini mengenai pengenalan terhadap media sosial yang merangkumi kegunaannya dalam kehidupan seharian manakala bab kedua buku ini mengupas kan tentang Twitter trend terkini iaitu sebuah platform komunikasi kini yang mudah digunakan oleh remaja pada hari ini,Twitter merupakan satu jenis alat yang boleh digunakan dalam penyampaian maklumat yang lebie efisien. Seterusnya terdapat juga media sosial seperti Facebook yang telah dibincangkan dalam bab 3 tentang kegunaannya sebagai platform perbincangan yang berkaitan aktiviti pelajar dan lebih berfokus kepada kemahiran membaca dan menulis. Kebanyakan masyarakat kini lebih banyak menggunakan media sosial instagram kerana terdapat banyak kelebihan menggunakannya.Penggunaaan instagram juga menjadi satu keperluan bagi masyarakat kini yang telah dibincangkan dalam bab empat di dalam buku ini. Selain dari berkongsi maklumat masyarakat juga boleh menggunakan instagram untuk mereka berkongsi tentang kehidupan mereka dan untuk mempromosikan produk jualan mereka bagi yg berniaga. Bab 5 pula menceritakan tentang emel.penggunaan email juga sangat berguna dalam memudahkan urusan komunikasi dalam masyarakat terutamanya pelajar. Hal ini demikian kerana, penggunaaan email yang diterangkan dalam buku ini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menghantar pesanan dengan lebih mudah di mana-mana sahaja mereka berada. Maklumat yang ingin dihantar juga boleh dalam pelbagai bentuk. Seterusnya,blog juga tidak kurang kelebihannya dalam menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan seperti yang diterangkan dalam bab enam yang sehingga sekarang masih digunakan. Penggunaan blog sememangnya dapat membantu masyarakat dalam mempelajari ilmu sastera, bahasa dan teknologi. Kesemua jenis media sosial iaitu twitter, facebook, instagram, email dan blog ini juga telah diterangkan cara penggunaannya dalam buku ini. Di samping itu, buku ini turut menerangkan isu-isu yang berkaitan jaringan sosial dalam kalangan penggunanya dalam bab 7 dan implikasi pedagogi penggunaan media sosial dalam pengajaran pada bab lapan. Kesimpulannya buku ini dapat membantu para pelajar yang mengambil subjek Multimedia ini lebih mengukuhkan pembelajaran mereka lagi jika mereka mempraktikkan buku ini setiap kali kelas


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.

Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Harga: RM60




  


BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...