Thursday 26 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Assalamualaikum dan salam sajahtera semuaaaaaa
Pengalaman yang paling terbaik yang pernah saya lalui dalam hidup saya ialah:

Menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan di Universiti Putra Malaysia. Saya mendaoat banyak peluang untu saya merasai kehidupan askar sebenar di dalam hutan semasa menghadapi peperangan. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman untuk mengendalikan senjata persendirian dan senjata bantuan seperti M16,LMG,GPMH,Mortar dan sebagainya. Seterusnya, saya mendapat ramai kawan serta sahabat yang baharu di dalam PALAPES ini. Pengalaman yang kedua yang paling terbaik dalam hidup saya ialah percutian bersama sahabat saya ke Sekinchan,Selangor. Semasa percutian itu saya bersama sahabat saya pergi ke Sekinchan untuk meraikan rumah terbuka hari raya keluarga angkat salah seorang sahabat saya sekaligus saya juga mendapat keluarga angkat. kelurga tersebut sangat baik dan peramah orangnya..selain itu dapat merasai suasana kampung sebenar dan dapat melihat sawah padi yang telah masak.

Sunday 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Sinopsis cerita sosial 1:
 (Nenek dan Datuk) dalam Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi..........................

Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Alim yang pulang ke kampung nenek dan datuknya yang terletak di Kajang.Alim mempunyai dua datuk dan dua nenek tetapi kali ini dia pulang ke kampung nenek dan datuk sebelah ibunya. Alim berasa sedih keran di kampung tersebut tidak terdapat aya dan itik. Dia menyangkakanayam dan itik itu mati yang menyebabkan dia sedih dan menangis. Rupa-rupanya ayam dan itik tersebut masih ada tetapi diletakkan di reban yang lain dan baharu oleh datuknya.Setelah melihat ayam tersebut Alim tersenyum dan berasa gembira. Alim mempunyai perasaan yang pelik yang merasakan bahawa keadan kampung yang didatanginya itu telah berubah dan pelik. Sehingga keadaan rumah serta perabot rumah Datuk dan neneknya juga dirasakannya berubah. Seterusnya neneknya telah menceritakan tentang almari,katil,kerusi dan dapur kepada Alim.


Cerita ini boleh disebarkan melalui interaktif dan linear

Penyampaian melalui interaktif ialah menyampaikan cerita ini berasaskan komputer digital yang akan diberikan tindakan oleh pengguna melalui video,audio,animasi dan sebagainya.

Penyampaian melalui linear suatu proses penyampaian oleh komunikator dan komunikan secara langsung atau tidak langsung melalui pelbagai media.


BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.Tugas individu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Etika dalam Penulisan Blog ialah.................

Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam formal atau tidak formal. Terdapat etika penulisan dalam blog yang perlu dipatuhi menurut Normaliza Abd Rahim (2014) antaranya ialah tajuk yang baik boleh menarik perhatian pembaca. Setiap blog perlu mempunyai suatu tajuk yang boleh menarik perhatian para pembaca untuk membuatkan blog mereka lebih diperhatikan oleh pembaca dan pengikut blog. Tajuk merupakan salah satu benda yang paling utama yang perlu di fikirkan oleh para pembuat blog bagi memastikan blog mereka menarik dan mudah untuk dicari oleh para pembaca dan pengikut blog anda.Tajuk perlulah berkaitan dengan tujuan blog tersebut dihasilkan agar iannya tidaklah tampak pelik apabila dibaca oleh para pembaca. Apabila tajuk menarik dan unik ini akan menyebabkan blog tersebut akan menjadi lebih popular dan terkenal.
Seterusnya ,cerita menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Blog merupakan salah satu media untuk kita menyampaikan maklumat sama ada maklumat yang penting atau yang kurang penting. Pembuatan blog ini sangat membantu para masyarakat yang ingin mengetahui sesuatu perkara dengan lebih lanjut antaranya seperti penyakit ,ubat ubatan dan sebagainya. Sekiranya penyusunan ayat serta setiap perkataan yang digunakan menarik dan tersusun ianya akan menarik lebih ramai pengikut akan simggah di blog mereka. Para pembaca akan lebih tertarik jika penulis blog menceritakan sesuatu kisah yang benar di blog mereka itu. Blog seharusnya menceritakan sesuatu perkara yang sering menjadi perhatian masyarakat sebagai contoh seperti kisah hidup selebriti yang terkenal atau tentang cara untuk menghasilkan sesuatu produk yang menguntungkan dan mendapat wang dengan mudah. Selain itu, penulis blog juga perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Blog yang baik adalah blog yang tidak banyak kesalahan ejaan atau tatabahasa serta susunan ayat yang teratur. Akan tetapi penulis jangan terlalu formal penulisannya yang akan mengakibatkan para pembaca  bosan untuk membacanya. Setiap penulisan mereka perlulah diselitkan dengan sedikit unsur yang lawak dan kelakar tetapi tidak terlalu banyak yang mengarut sehingga menyebabkan pembaca memandang sesuatu yang penting dalam blog tersebut menjadi sesuatu yang kelakar dan tidak mengambil perhatian. Blog yang menerbitkan sesuatu yang penting seperti tentang penyakit penulisan blog tidak seharusnya meletak unsur lawak kerana ini akan menyebabkan mereka akan tidak fokus untuk membacanya. Sekiranya blog tersebut menceritakan tentang sesuatu yang boleh diletakkan unsur lawak maka tidak mempunyai masalah sebagai contoh blog tentang masakan,solekan dan sebagainya.Cara untuk menulis  blog yang baik memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Setiap maklumat atau isi yang ingin disamapikan perlulah mempunyai kesahihan yang boleh dipercayai dan terbukti kebenarannya melalui kajian atau pengalaman yang dilalui agar tidak menimbulkan penyebaran maklumat yang palsu kepada mana-mana pihak yang menyebabkan salah faham antara masyarakat.Sebagai contoh sekiranya blog tersebut menceritakan tentang sesuatu produk mereka atau penulis blog tersebut perlulah menunjukkan bukti yang produk tersebut mujarab.Mereka boleh menunjukkan testimoni yang telah berjaya dalam menggunakan produk tersebut sehingga meningglkan kesan yang baik atau dapat menyembuhkan sesuatu penyakit itu. Ini akan mayebabkan para pembaca akan tertarik dan percaya dengan produk tersebut dan seterusnya berminat untuk membeli dan menggunakan produk tersebut.Mengaitkan penulisan dengan anda dengan berita terkini juga merupakan salah satu etika dalam penulisan blog yang baik.Tamsilnya, sekiranya para penulis menulis blog tersebut mengenai produk kecantikan atau produk kesihatan mereka perlu menunjukkan siapa pengguna mereka yang menggunakan produk tersebut seperti artis atau selebriti yang terkenal pada masa itu. Para pembaca akan lebih suka membaca sesuatu yang engikut peredaran masa dan yang terkini. Pembaca tidak akan membaca blog yang telah lapuk penceritaannya. Meraka akan mengikut peredaran masa dan terkini tentang sesuatu perkara yang menarik untuk mereka baca. Sebagi contoh tentang perkembangan artis dan selebriti yang mereka minati.Blog tersebut akan menjadi perhatian jika blog tersebut sering mengeluarkan cerita yang terkini tentang selebriti kesayangan mereka itu. Disamping itu,para penulis blog juga boleh menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Hal ini demikian kerana, pembaca akan lebih suka membaca sesuatu yang ringkas dan mudah difahami. Mereka tidak akan membaca sesutau yang panjang lebar huraiannya dan penceritaan yang berbelit-belit. Sekiranya mereka melihat blog yang mempunyai ayat yang panjang lebar ini akan mengakibatkan para pembaca akan kebosanan dan menjadikan mereka tidak berminat untuk meneruskan pembacaan mereka. Ayat yang ringkas dan mudah difahami juga dapat membantu untuk menampakkan blog tersebut tidaj terlalu sarat dan serabut dengan ayat-ayat yang panjang lebar. Blog perlu mudah difahami dan mudah untuk dibaca.Penulis blog perlulah mengarang dengan menggunkan bahasa yang difahami. Penulis tidak boleh menggunakan bahasa rojak yang tidak boleh difahami oleh semua golongan masyarakat. Pemilihan perkataan perlulah sesuai untuk setiap peringkat umur sama ada yang tua atau yang muda kerana pembaca blog mempunyai pelbagai golongan peringkat umur. Selanjutnya, penulis blog perlu dapat brkomunikasi dengan pembaca. Penulis blog boleh menanyakan khabar para pembaca atau mmenitipkan ucapan terima kasih kepada pembaca kerana sudi untuk membaca blog mereka. Dengan menggunkan ayat-ayat seperti itu ini akan menyebabkan para oembaca merasa diri mereka dihargai oleh penulis blog tersebut dan ini akan menyebabkan mereka akan sentiasa mengikuti setiap tulisan blog yang bakal diterbitkan oleh penulis blog tersebut. Penulis blog juga perlu rajin untuk memberikan maklum balas sekiranya terdapat pertanyaan yang diutarakan oleh para pembaca.Sebagai contoh persoalan yang mereka kemukakan di ruangan komen perlulah mereka mengambil peduli dan peka kerana ini akan memastikan para penulis blog dan pembaca dapat berkomunikasi di alam maya selain dapat membantu para pembaca tersebut. Penulis blog juga perlu mencipta hak terpelihara bagi memastikan keaslian karya tersendiri lebih terjaga. Dalam blog tersebut juga mereka perlu memasukkan morakl dan nilai estetika dalam setiap penulisan agar dapat menyedarkan para pembaca tentang kepentingan sesuatu nilai murni yang perlu ada dalam diri individu itu sendiri.


Sekian dan  terima kasih kerana sudi membaca........... 

Friday 20 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik Professor Dr Normaliza Abd Rahim

Hak Cipta Universiti Putra Malaysia


Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi,tengah hari,petang,malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka




BBM3410Satu2019: DIRI




Hye dan Assalamualaikum

Nama saya Sazlina binti Lalang.Saya berasal dari Kunak,Sabah.Saya mengambil jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu;Saya suka memasak dan juga membaca. saya lahir pada 27 November 1995. dan sekarang saya berumur 24 tahun. Saya dikahirkan di Hospital Kunak,Sabah Saya mempunyai 6 orang adik beradik dan saya merupakan akan bongsu dalam keluarga saya.Saya mempunyai 4 orang abang dan 2 orang kakak.

Sekian Terima kasih kerana sudi membaca.....






BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...