Thursday 19 December 2019

BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera...............

-Ketika dan Kalimat-

Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku dah nak habis belajar di UPM ini. Selama 3.5 tahun aku di sini terlalu banyak kenangan manis, pahit, masin, masam dan tawar yang saya lalui semasa hidup di bumi Upm ini. Tak sangka aku sudah berada di akhir semester. Dan sekarang ni merupakan minggu terakhir saya di UPM. Macam tak sedar dah nak habis belajar. Pelbagai perasaan la jugak yang aku rasakan seperti sedih. Gembira semua ada bercampur baur dah ni.




Di semester 4 atau semester akhir ini aku perlu mengambil subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Menurut senior dan junior lalu mereka kata Pensyarah yang ajar subjek ni garang dan banyak karenah ya. Kami pun dah daftar subjek tu dan tengok nama pensyarah Fuhhh sah nama Prof Dr Normaliza Abd Rahim yang terpampang di Smp tu.Ya Allah kami dah mula gelisah macam mana nie takut la pulak. Tapi kami berani kan diri jugak sbb kalau nak drop tak boleh pulak sebab nie subjek Major kami yang kami perlu ambil jugak untuk bergraduat. So hadap je laaaa.



Pada hari pertama kelas BBM3410 ini kami telah diajar konsep Redha. Apa itu redha kami pun tak faham sangat apa yang Prof maksudkan dengan konsep redha tu. Beliau cakap apa2 kerja yang saya bagi awak semua kena redha ye.kami semua pun angguk je faham katanya. Ohh dan satu lagi kami semua tak boleh datang lewat walau seminit pn nanti beliau tolak markah katanya. Setelah beberapa minggu kelas BBM3410 ni baru lah kami faham apa itu redha. Kenapa Prof suruh kami redha awal2 sebabnya subjek ni terlalu banyak tugasan. Setiap minggu ada tugasan x pernah missed sekali pn. Dengan blog, fb, ig, Twitter nak buat video lagi setiap minggu. Fuhhh banyak beb. Patutlah Prof suruh Redha.. Tapi kadang tu aku mengeluh gak tipu la lau redha je manjang kan. Tapi nak tak nak kau kena buat jugak Prof xsuka alasan dia xkan terima apa2 alasan pn. So jalannya siapkan je kerja dia bagi ikut masa yang ditetapkan.



Bila dah nak habis belajar nie baru aku sedar subjek nie paling banyak ajar aku banyak benda dalam hidup aku. Jujur la subjek nie jela yang aku ingat kod dia. Serius tak macam subjek lain tahu nama subjek tapi kod kelaut xingat. Untuk subjek ni kami kena baut satu kumpulan tau so Prestige Production merupakan nama kumpulan yang kami pilih. Dalam group tu kami ada sebelas orang. Saya suka duduk dalam kumpulan ini kerana semua memberikan kerjasama yang sangat padu beb. Walaupun di tengah2 tu kami ada la konflik sikit tapi semua kami tangani dengan baik dan sekarang semua ahli dan semakin rapat. Walaupun kami sama kos tapi sebelum ini kami tidak pernah satu kumpulan jadi kami juga memerlukan masa untuk memahami antara satu sama lain tapi alhamdulillah semua tugasan kami telah siapkan denga jayanya. Hanya tunggu Prof je bagi A ke x tu.. Hahaha harap dapat la kan amin. Terima kasih guys sebab telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan kita walaupun banyak masa terkorban. Tapi syukur semua berjalan dengan baik.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah terbaik yang  pernah saya jumpa iaitu Prof Dr Normaliza Abd Rahim kerana telah banyak mengajar kami semua erti redha itu. Terima kasih jugak sebab bagi banyak tugasan tapi semuanya sangat berguna kan Prof bukan Suka2 je Prof bagi tu. Dan terima kasih kepada cikgu tutor kami Encik Muhammad Nur Akmal sebab rajin buat tutor setiap minggu x pernah missed ouww. Banyak ajar kami gak. Lepas tu kan saya suka dia punya loghat tu comel tapi kan dia nampak garang laa sikit. Encik akmal nak spageti carbonara satu sedap.. Done promote.


Jujur aku cakap aku suka kelas nie. Berbeza sangat dengan kelas-kelas sebelum nie. Dari segi Pensyarahnya dari segi tugasan ya semua rare. Prof punya lawak dalam kelas tu sangat mencuit hati. Paling happy bila Prof komen di ig masya Allah aura dia lain macam beb. Sampai screen shoot tau sebagai bukti. Prof comel la dengan garang macam tu.. Tolong la jgn jadi Prof yang baik hati sebab nanti kecomelan Prof x terserlah.. Hehehehehhe😉

BBM3410SATU:VLOG MAKANAN BANGI GATEWAY

Haluuu guyssss.................

Tadaaaaaa video kali ini kita jelajah syurga makananpula. kami diberikan tugasan untu membuat vlog makanan di mana-mana tempat sahaja yang mempunyai makanan. oleh itu kkami telah memilih tempat untu kami buat vlog iaitu di Bangi Gateway Street Food ,Bangi. nak tahu tak banyak giler makanan kat sana tambahan lagi harga setiap makanan juga berpatutan tau. untuk vlog kali ini kami nak buat kelainan sedikit iaitu kami telah membuat cabaran RM10 maknannya kami kena enyahut cabaran tersebut dengan hanya menggunakan ringgit malaysia 10.00 untuk membeli semua makanan yang dihajati di pasar malam ini..ohh ya bangi gateway ini di tepi jalan je tau so senang nak cari ianya merupakan satu pasar malam yang banyak menjual makanan seperti ayam goreng,bakso,nasi ,kerabu,nasi lemak,chicken chop,pelbagai jenis air kuih-muih dan banyak lagi.Bagi saya cabaran yang kami buat ini kiranya berjaya kerana saya dapat membeli banyak juga makanan dengan jumplah itu sebagai contoh bakso,air milo,kepak dan isi ayam,chicken chop banyak kan untu makan malam memamng kenyang la jawabnya.So guys datanglah ke Bangi Gateway tu best banyak makanan yang menarik tau kat san tak rugi.

Nak tengok suasana Bangi Gateway,jom tengok video vlog yang kami sediakan ini.jangan lupa like,subscribe,share dan comment.

Wednesday 18 December 2019

BBM3410SATU: KALENDAR 2020

Assalamualaikum sekalian alam.....

kali ini saya nak tunjukkan kepada kalian semua dengan kalendar hasil kerja saya sendiri untuk tahun 2020 akan datang. jom tengok comel giler saya buat tau. kami diarahkan untu membuat kalendar tahun 2020 untuk 12 bulan.Apa yang perlu ada di dalam kalendar tersebut adalah tahun,nama bulan kata-kata hikmah dan juga gambar sendiri dan gambar keluarga,rakan,dan sesiapa sahaja yang kami rasa bersesuaian. kami mengedit kalendar ini menggunakan photoshop  dan ini merupakan kali pertama saya menggunakan Photoshop. saya dah berasa bersyukur kerana berjaya membuat satu kalender lengkap untuk tahun hadapan. Tahun depan saya boleh menggunakan kalendar ini bagi memberikan semangat lagi menempuh kehidupan di masa akan datang. ohh yaaaa cantik kan background setiap bulan tu saya mengambilnya di Putrajaya terima kasih awak bawakkan saya.


Ini merupakan muka hadapan bagi kalendar tahun 2020 saya. saya meletakkan gambar tersebut keran saya berasa yakin dengan gambar yang menggunakan baju askar iaitu baju celoreng dan saya merasakan saya canti bila memakai baju tersebut malahan saya juga berbangga dengan pakaian itu dengan mempunyai pangkat Lt M Sazlina. tak semua orang akan mempunyai peluang dapat memakai pakaian ini hanya orang yang tertentu dan bertuah sahaja akan dapat memakai pakaian ini.







Gambar ini merupakan gambar semasa saya menghadiri Majlis Makan Rejimental Palapes. Dinner ini dibuat adalah untuk meraihkan para pegawai muda yang baru ditauliahkan dan saya merupakan salah satu pegawai yang telah ditauliahkan pada 3 ogos 2019. Di dalam gamabr itu saya mengenakan pakaian adat isiisdat askar iaitu pakaian messkit yang khas digunakan untuk Messnight tersebut.


Untuk bulan februari pula saya meletakkan gambar kedua ibu bapa saya merangkap syurga saya di dunia dan di akhirat. Saya meletakkan gambar mereka berdua kerana pada bulan ini merupakan tarikh lahir mereka berdua, Sweet bukan mereka mempunyai tarikh hari lahir yang sama. Jarang sekali pasangan mempunyai tarikh lahir yang sama. Bagi saya ini seseuatu yang sangat romantik.


Saya meletakkan gambar ini untuk bulan Mac tiada maksud apa-apa tapi saya menganggap orang yang terdapat dalam gambar ini merupakan orang-orang yang pertama yang saya kenal di Upm merakalah sahabat yang saya kenal dari first year hinggalah sekarang. selama 3.5 tahun saya bersahabat bersama mereka. ada orang kata kalau dah 3 tahun berkawan ianya kan menjadi sahabat selamanya diharapkan beda ini terjadi kepada kami semua yang ada gambar.



Gambar ini semasa saya menjalani latihan berterusan di Kem Tebrau,Johor. Latihan yang lalu merupaka latihan berterusan untuk menembak dan latihan berterusan pertama kali selepas saya memegang pangkat Lt m.Alhamdulillah semua latihan berjalan dengan lancar selama 2 minggu semasa cuti semester yang lalu.




Ok ini pulak gambar family saya. Gambar ini diambil semasa Hari Raya yang lalu. Apa yang saya suka tentang gambar ini pada hari raya lalu semua adik beradik saya pulang ke kampung. alhamdulillah lengkap kami 6 beradik. memang sangat susah untuk kami semua berkumpul dan kami telah memilih tema baju kami iaitu warna purple. yeah Team Purple kami sekeluarga.



Gambar ini pula semasa saya ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dan ditemani oleh ibu bapa sya. saya bersyukur kerana ibu bapa,abang dan kakan saya datang meraikan saya sampai ke Johor. saya tidak dapat memberikan apa-apa yang berniali lagi tapi saya harap ini adalah hadiah kecil pertama yang saya berikan kepada mereka.saya harap mereka berbangga dengan hadiah kecil yang mampu saya berikan ini.


Prestige Production ya itulah dia nama kumpulan saya untuk kelas subjek BBM3410 ini. kumpulan ini sangat hebat dan kami berjaya juga membuat semua tugasan yang di arahkan oleh pensyarah kesayangan kami. walaupun dipertengahan minggu tu terdapat beberapa konflik tercetus. konflik tersebut cuma salah faham sedikit sahaja tapi alhamdulillah kami berjaya mengharunginya dan menanganinya dengan profesional keran kami tidak mementingkan ego tetapi kami lebih memikirkan tentang tugasan yang perlu kami siapkan untuk mendapat markah yang paling terbaik.


Gambar ini semasa saya mengikuti pengambilan kadet palapes baharu, ada seorang kawan ni ambil gambar kita secar curi-curi but nice gambar tu sebab telefon mahal kot. Baju tersebut merupakan baju no 3 iaitu baju yang digunakan semasa berada di office.


 Saya suka gambar ini keran bila tengok gambar tu saya kelihatannya agak kurusnya..hahahah saya suka sebab topi yang saya pakai tu ditaja oleh moral saya semasa di dalam palape dahulu..hahahah


Inilah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Fakulti saya selama 3.5 tahun ini. Tempat inilah yang akan menjadi kelas saya selama ini. terdapat banyak kenagan yang saya perolehi di tempat ini yang tak mungkin saya lupakan.


Gambar ini diambil oleh orang yang istimewa dalam hidup saya. Terima kasih sudi berkawan dengan saya teman saya kemana saja saya mahu. Banyak habiskan masa dengan saya selalu menjadi tempat mengadu saya.terima kasih ADAM.


Sekali lagi gambar mereka keluarga saya semasa saya di Upm. semoga saya dirindui oleh mereka semua ini. lepas ini kami akan berpisah.harap hubungan kami masih terjalin walaupun jauh.

Tuesday 17 December 2019

BBM3410SATU; FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY)



SALAM GUYSSS




Video tugasan kumpulan pada kali ini ialah mengambil gambar flat lay. Kami perlu mengambil gambar seperti manusia ,tumbuhan,benda pemandangan dan sebagainya. memandangkan setiap objek tersebut memerlukan 4 posisi kami perlu membahagikan tugasan agar memudahkan kami mengambil semua gambar dan menghantar dengan masa yang tepat. saya sangat menyukai tugasan ini kerana kami dapat mengetahu setiap posisi yang diajar di dalam kelas secara praktikal. Dari tugasan ini juga kami dapat mengetahui posisi yang terbaik untuk sesuatu objek manusia,pemandangan,tumbuhan dan haiwan. Tetapi semasa tugasan ini perlu dibuat semasa cuti ulangkaji,rakan kumpulan saya yang lain memang lah cuti tetapi kami pula yang pergi menembak semasa cuti itu oleh itu tugasan ini agak sukar bagi kami tapi kami tetap melakukannya apabila ada masa terluang.


semoga amda tehibur dengan video yang kami sediakan ini. jangan lupa like,share,subscribe dan comment okeyyyyyyyyyyyyyyyyy....

Monday 16 December 2019

BBM3410SATU: VLOG KONVOKESYEN UPM

Assalamualaikum salam bergraduat  mahasiswa  dan mahasiswi Upm.

Tahniah kepada semua pelajar Upm yang telah berjaya menghabiskan masa anda untuk menuntut ilmu di menara gading. hehehehhe kami tahun depan lak tahun 2020 insya Allah semoga sempat merasainya.video kali ini kami ditugaskan untuk merakam saat-saat bahagia graduan upm semasa mereka menerima ijazah mereka bersama keluarga dan orang tersayang.kami telah menemu ramah dua orang pelajar yang terbaiknya seorang pelajar yang kami temu ramah ialah cikgu tutor kami iaitu Encik Akmal beliau telah menghabiskanpelajarannya di peringkat master dengan jayanya.belia datang bersam ayah dan adik perempuannya. pelbagai soalan yang kami ajukan sperti apakah perancangan beliau selepas ini dan apakah motivasi yang boleh diberika kepada pelajar yang sedang berusaha ingin menghabiskan pelajaran mereka. kami juga ada menemu ramah pasangan iibu bapa yang kami anggap agak menarik dan unik kerana mereka mengenakan pakaian tradisional sabah iaitu pakai kadazan dusun, mereka sanga sporting bila ditanya soalan. mereka mempunyai dua orang anak yang sedang mendapatkan sijil iaitu seorag ijazah dan lagi seorang pelajar master.

jom tengok video yang kami sediakan ini agar dapat membuatkan semangat anda semua membawa untuk mendapatkan segulung ijazah juga.jangan lupa like,share,subscribe dan comment okkkkk...

BBM3410SATU: ONE SHOOT THREE LAYER (SAYA TAHU)

HYE SEMUAAAAA..........................


Viedo diatas merupakan video one shoot three layer dan lagu yang kami bawakkan ialah tentang saya tahu ciptaan Prof kami sendiri tau. Kalau dihayati maksud lagu in sangat tersirat dan jika difahami lagu ini lagu yang sedih. Oleh itu kami memilih jalan cerita tentang seorang budak cacat yang tidak diukai oleh segelintir masyarakat kerana dia suka bermain dengan orang ramai. jadi kami telah memilih watak budak cacat,orang jahat yang tidak menyukai budak itu dan orang baik yang menyukai budak itu,seterusnya ibu dan ayahnya. Kami telah membuat video ini di Restoran Khatijah dan sebuah lorong di pekan Sri Serdang. Restoran yang kami pilih ini pemiliknya sangat baik dan sangat sporting dan membenarkan kami membuat video itu di situ mungkin keran mereka juga ingin mempromosikan kedai mereka. Lgi satu makanan di sana sangat berpatutan dan sedap. Untuk membalas jasa pemilik itu kami telah makn tengahari disana.

ini merupakan link untuk video di atas. semoga terhibur..Jangan lupa like,share,subscribe dan comment...:https://youtu.be/SQWfoL_nUF4


Sunday 15 December 2019

BBM3410SATU:VIDEO TRAGEDI DAN SERAM


Hye semuanyaaaaaa salam serammmmmmmmmmm...hehhehhehhe

kali ini saya nak kongsikan video dari kumpulan saya iaitu video seram dan tragedi merupakan video keberapa pun saya  tak tahu laaaa.. Tapi video kali ini beberapa daripada kami telah menjadi hantu..hahahahha..kali ini saya jadi juru solek jee.tapi apa yang menariknya saya kena solek hantu-hantu tersebut bkn menggunakan make up yang macam profesional tu tau kami guna bahan-bahan yang ada dan mudah untuk didapati seperti bedak sejuk,tepung dan sirap. saya sebagai juru solek pada malam itu sangat berbangga kerana make up yang kami kenakan di muka para hantu sekalian menjadi dan nampak agak seram.cerita seram dan tragedi ini kami hanya menyambung cerita daripada video fokus kami yang lepas. ohh jika anda melihat video ini di youtube anda akan dikejutkan dengan mata yang  sangat cantik itu adalah mata saya..hahahaha mereka telah memilih saya kerana dengan alasan mata saya yang paling besar tapi saya ok jeeeeerrrr... orang cakap mata besar mata yang lawa.
Selamat menonton,Jangan lupa like,share,subscribe dan comment yeee...


BBM3410SATU: KETIKA DAN KALIMATSATI2019

Assalamulaikum dans alam sejahtera............... -Ketika dan Kalimat- Assalamualaikum dan salam sejahtera syukur alhamdulillah aku d...